Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa blog saya telah bertukar domain dari WordPress.com kepada SciPC.Net iLuvislam.com bermula April 2009. Terima kasih kepada saudara Imran Koyube kerana memberi peluang kepada saya untuk meletakkan domain blog dibawah iLuvislam.com. iLuvislam.com merupakan laman dakwah kontemporari anak tempatan.

Layari blogku di http://kautharhilmyz.iluvislam.com/🙂

Update! Domain SciPC.Net telah mati.

____________________________________________

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa blog saya telah bertukar domain dari WordPress.com kepada SciPC.Net bermula Februari 2009. Terima kasih kepada teman-temanku yang sudi menubuhkan SciPC.Net ini. SciPC.Net merupakan laman sesawang bagi pelajar Computer Science.

Layari blogku di http://kautharhilmyz.scipc.net/🙂



Assalamu’alaikum..

Lame gak x update blog nh…

Nak kate bz tu x la…cme mngu lpas kne musibah skit..terpakse cuti seminggu…domam…

Tah ape crite MPM skrg…time pengudian aritu aku lepak2 kat rumah…x d rezeki nak pi ngundi..hope MPM kali ni power2 walaupun sume nampak hambar jek….

Alhamdulillah Gaza telah aman “seketika”.. Kerana ingtlah bahawa kita tidak boleh mempercayai kata2 org yahudi laknatullah tersebut..ketika hampir ke gencatan senjata..mereka mengebom Gaza dengan segala macam senjata yang mereka ada..sehinggakan Gaza yang mana dahulunya sebuah bandar hanya tinggal debu2 yang berterbangan…

Gaza sebelum perang.

Gaza saat ini.

Kalaulah tempat kita yang berlaku perang begini..entah apa yang kita lakukan….

Kereta kebal Israel Laknatullah sedang bersiap untuk menyerang Gaza di saat gencatan senjata ingin dilaksanakan…

Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan ini..jangan suatu hari nnt kita akan menyesal tak sudah…

OK la..nak siap pi kelas..pagi ni kelas fiqh..dorg ad keje..aku x d la plak time tu..tah ape yg ustaz nak bg nnt….jom…

Wassalam…

kubur

Assalamu’alaikum….

Salam sejahtera buat semua..
Firman Allah Ta’ala :
al-anbiyaaAl-Fatihah buat pensyarah saya Allahyarham Samsul Hamid bersama isterinya yang sedang hamil dan anaknya yang berumur 3 tahun yang kembali ke rahmatullah semalam. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh…
Berita lanjut disini :

SHAH ALAM – Tiga beranak maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, Nissan Frontier di Kilometer 53.7, Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Kampung Terap, Kuala Selangor semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu, kereta yang dipandu oleh Penolong Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Samsul Hamid, 30, yang sedang dalam perjalanan menghala Tanjung Karang dirempuh Frontier berkenaan secara berdepan.

Samsul dan isterinya, Sumarte Jaha, 28, yang hamil lima bulan dan merupakan Penolong Pendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang manakala anak lelaki mereka Ammar Firdauz, 3, mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Hussin Omar ketika dihubungi memberitahu, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari Tanjung Karang menuju ke Kuala Selangor.

Wassalam..

warBasmalahAssalamu’alaikum,

Salam sejahtera semua…

Selawat dan salam diucapkan keatas junjungan baginda Muhammad S.A.W. dan para sahabat..

Palestine makin diancam…namun apa negara2 jiran seperti Mesir lakukan??Mereka tidak sedikit pun merasa simpati terhadap mangsa keganasan rejim Israel Laknatullah itu… Begitukah sikap pemimpin yang mengakui negara Islam??

Lihatlah wajah Mubarak (Presiden Mesir) bersama Olmert (PM Israel)

Mengaku dirinya muslim, namun tidak mahu sedikitpon menolong orang-orang Palestin… Semoga Allah memberikannya hidayah…

Dalam ucapannya beliau berkata : “Kami akan membuka pintu gerbang Rafah selagi belum mendapat keizinan dari Israel walaupun dalam misi kemanusiaan.”

Beginilah sikap pemimpin Islam yang mengaku dirinya Islam, namun bersifat seperti Yahudi..

Ingatlah sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W. :

muminBeliau lebih rela untuk melihat tanah Palestin diratah oleh Israel Laknatullah tersebut daripada mendapat redha Allah….

Lihatlah bagaimana orang-orang Islam disana dibedil..walaupun sedang melakukan solat..

Beginilah keadaan Masjid yang dibedil ketika mana orang Muslimin sedang menunaikan solat.

Salah seorang mangsa bedilan bom Rejim Zionis laknatullah ini berkata di hospital:

“Ketika kami sedang sujud menghadap Allah, kami mendengar bunyi pesawat-pesawat tempur Rejim Zionis itu datang dari jauh. Tidak lama kemudian pesawat-pesawat itu memuntahkan bom kearah kami. Semua itu berlaku tidak sampai seminit sehingga masjid yang kami berada didalamnya dihancurkan diatas kepala kami.”

Inilah kalimah yang menuturkan kepedihan. Yang menggambarkan aksi pengebom pesawat tempur Israel Laknatullah ke rumah-rumah Allah di Jalur Gaza. Kalimah itu dituturkan Ramadhan Khaled al Afsy, salah seorang dari 13 korban luka yang sampai di hospital Nasher di Kairo, Mesir, dari jumlah 36 korban luka Jalur Gaza yang berjaya dibawa ke wilayah Mesir.

Hingga hari Sabtu semalam lebih dari 437 rakyat palestine terkorban dan 2300 orang terluka dan 400 yang lain dalam keadaan kritikal…

Alhamdulillah kita disini dapat menunaikan solat tanpa sebarang masalah..tapi berapa ramaikah yang solat?? Kita lebih pentingkan hal duniawi yang sementara ini sahaja daripada terus beribadah..

Ingatlah firman Allah S.W.T. :

ibadah

Janganlah kita abaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ini…tiada siapa yang dapat mmbantu kita apabila tiba diakhirat kelak melainkan amal ibadah yang kita lakukan semasa hidup…

K la..mcm panjang je aku berceloteh ini..huhu..k r..nak sambung repair komputer member….

Sekian..

Wassalam…

dark
Basmalah
Salam ‘Alaik…

Pekabo sume..

Alhamdulillah siap gak assignment aku ni..

Narnyer da lewat 2 hari..wakaka….selamber…harini ngadap komputer jek..mentang2 la da bawak pc sendiri..huhu..kalo x mst tdo..keje pon x buat…
Mudah2an dengan kemudahan yang ada ni dapat aku gunekan sebaik mungkin untuk masa depanku dan keluargaku serta saudara seIslamku..
Moga Allah berkati segala usaha kita semua…
Palestine??
Masih tiada berita baru..kalo ad nnt aku post lg..

Fuh…tngl 1 laptop jek lg x dpt repair… si Izzah punyer..tah ape ad dalam tu… nak bukk pon x blh.. bateri x der..nak charge plak…x masuk..hampas tul…. ble la die nk ajak aku beli laptop baru..huhu…

Ahad ni nak pi KLCC..sape nk ikut angkat tangan… cepat la!! x der x per la…hehe…

writehand2

cun tak?? membe aku tulis time form 4 dulu..skrg ni die amk perbankan Islam..kat mne?? SIIUC la..mne lg..huu…thx to him..

ok la geng…nak tdo…jom..

Wassalam….

haith-human-peace

Basmalah

Assalamu’alaikum sahabat2 sekalian..
Alhamdulillah kita disini mampu lagi bergerak… tapi ingtlah..saudara2 kita di bumi Gaza yang dilanyak oleh rejim Israel Laknatullah itu pasti mendapat tempat yang mulia disisi Allah S.W.T..
Janganlah kita pandang sebelah mata sahaja..rasakanlah keperitan yang mereka alami…Hospital utama Gaza, al-Shifa, kini sibuk melayan kemasukan ramai mangsa yang cedera dalam serangan udara Israel bermula 27 Disember lalu, menurut sumber hospital. Kakitangan dan para pesakit berasa takut kemungkinan Israel akan menyasarkan tempat berikutan pemimpin Hamas, pergerakan Islam yang mengawal wilayah tersebut melakukan sidang akhbar di situ.

Hari ini…korban kekajaman Israel Laknatullah di Jalur Gaza terus bertambah. Hingga Rabu (31/12), jumlah korban gugur mencapai 400 orang syuhada dan 2000 orang terluka, 300 di antaranya dalam keadaan kritikal.

Apa perasaan kita?? Tidakkah kita semua mempunyai perassan??







Beginilah nasib nereka..diratah bagaikan binatang..kerana bagi kaum Israel Laknatullah ini..merekalah orang yang mulia dibumi Allah ini…selain daripada mereka adalah BINATANG semata-mata..betapa keji kaum kuffar ini….
Ingatlah..pertolongan Allah pasti akan tiba..apabila kemenangan dan kebangkitan Palestin sekali lagi berlaku..maka kiamatlah dunia…marilah kita berdoa agar kita dan mereka diberi kekuatan untuk menentang kerakusan kaum Laknatullah tu…
TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!!….


Wassalam…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.